spot_img
spot_img

Terserah pada Presiden Bersatu untuk ambil jawatan TPM atau tidak

spot_img

SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada perlu untuk menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, keputusan tersebut telah diambil dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.

“Kami telah putuskan apa juga keputusan dibuat kita hormati dan serahkan kepada presiden parti untuk putuskan sama ada perlu untuk menuntut jawatan nombor dua ataupun tidak.

- Advertisement -

Menurut sumber Utusan, beliau tidak mahu panjangkan isu tuntutan TPM itu, tetapi mahu fokus kepada kerjasama dan objektif untuk menangani masalah Covid19.

Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Ziarah Prihatin PN Negeri Sembilan di Pejabat Bersatu Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Eddin Syazlee yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah saiz kabinet kali ini adalah jauh berbeza dengan barisan Kabinet di bawah pimpinan Muhyiddin sebelum ini.

- Advertisement -

Dalam pada itu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya juga menyerahkan kepada Ismail Sabri sama ada dapat kembali menganggotai barisan Kabinet ataupun tidak.

Ismail Sabri pagi tadi tiba di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah bagi menyampaikan senarai cadangan barisan Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img