spot_img
spot_img

Inikah kualiti pentadbiran yang rakyat Malaysia dapat ?

spot_img

Jika ketua nombor 1 merupakan orang paling hebat, ia tidak bermakna jika support system nya gagal.

Rakyat Malaysia antara yang terpelajar tahap pendidikan berbanding negara-negara Asia lain.

Tetapi kini kita disajikan dengan personaliti kepimpinan dan taraf pentadbiran yang melambangkan negara mundur – yang tidak akan menuju menjadi negara maju di dalam waktu terdekat ini.

- Advertisement -

Lihat bagaimana reaksi seorang pengerusi yang menguruskan pengangkutan awam negara di dalam temuramahnya. Ia menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Imej kerajaan tercalar.

Pengerusi Prasarana

Hari ini sistem pendaftaran vaksin hang . Kos untuk vaksin dan sistem yang dikatakan menelan puluhan jutaan ringgit sekali lagi menjadi bahan jenaka rakyat jelata.

- Advertisement -

Twitter maki KJ

Sistem pendaftaran tak berfungsi

 

Netizen cina merungut

Dakwaan kos vaksin

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyalahkan kementerian yang menjaga pengangkutan awam. Ini kerana keputusan yang diambil berkenaan waktu operasi pengangkutan awam, sangat tidak relevan dengan pencegahan Covid19. Malah menurut netizen, ia boleh menyebabkan lagi bertambahnya kes, kerana kekurangan train dan orang bersesak-sesak.

“Ini masalahnya bila keputusan dibuat oleh menteri yang dia sendiri tidak naik pengangkutan awam! Level kayangan menteri-menteri lama ini ..” petikan Azura, KL di instastory miliknya.

 

Bersesak nak naik LRT

Menteri Pengangkutan buat apa ?

Masanya pengundi menilai wakil-wakil rakyat anda yang telah lama berada di ‘atas’ .

Masanya juga Perdana Menteri menilai kerja-kerja menteri-menteri ini.

Kasihanilah rakyat Malaysia yang inginkan kerajaan yang boleh membawa kemajuan, bukan dijadikan bahan jenaka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img