spot_img
spot_img

Bersatu lawan UMNO di Bagan Serai ?

spot_img

KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang sebelum ini dikatakan akan bertanding di Parlimen Titiwangsa, kini dilihat menunjukkan minat dan cita-citanya untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai pula.

Ini berdasarkan kekerapan beliau turun padang ke kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini menerusi pelbagai program seperti lawatan, ziarah, memberi sumbangan, bertemu penduduk dan peniaga dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah masjid.

Situasi itu sudah tentunya menimbulkan pertanyaan mengapa individu luar seperti Wan Ahmad Fayshal yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa, begitu rajin turun padang di Bagan Serai.

- Advertisement -

Difahamkan, setiap kali turun padang, beliau diiringi jentera Armada Bagan Serai, Serikandi dan Ketua Bersatu Bagan Serai namun Ahli Parlimennya dari Bersatu yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali tidak kelihatan.

Jika hendak dikatakan program dibuat atas portfolionya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, agak pelik kerana program Wan Ahmad Fayhsal hanya dalam lingkungan Parlimen Bagan Serai sahaja, mengapa tidak menyeluruh hingga ke kawasan Parlimen berdekatan seperti Bukit Gantang, Larut dan Parit Buntar.

Jika benar beliau mahu bertanding di sini, ia sudah pasti memberikan tamparan buat penyandang kerusi berkenaan, Noor Azmi Ghazali yang sudah tentunya mahu mempertahankan kerusi yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

- Advertisement -

Jika Bersatu mahu memberikan kerusi Parlimen Bagan Serai kepada Wan Ahmad Fayhsal,atas pertimbangan apakah untuk menafikan Noor Azmi terus kekal bertanding?.

Beranikah Bersatu mengambil risiko mengenepikan pengaruh Noor Azmi, anak jati Bagan Serai yang menang PRU-13 dan PRU-14 atas tiket UMNO di kerusi berkenaan, juga pengaruhnya yang cukup kuat dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Jika dicalonkan, sejauh mana Wan Ahmad Fayhsal dapat memastikan kemenangan Bersatu di Bagan Serai atas faktor pengaruh peribadi beliau di kawasan dan lebih penting bagaimana beliau mahu menambat hati pengundi.

Jika Wan Ahmad Fayhsal yang dipilih, mampukah beliau berdepan dengan tokoh UMNO di Bagan Serai jika UMNO mencalonkan Ketua Bahagian, Datuk Sham Mat Sahat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Mohamad Noor Dawoo.

Dalam masa sama, ramai yang melihat Bersatu Bagan Serai kini bergolak ekoran sokongan Armada, Serikandi dan Ketua Bersatu Bagan Serai yang hadir dalam program-program Wan Ahmad Fayhsal sehingga mengenepikan Noor Azmi.

Noor Azmi cuma bergerak dengan team Sahabat Parlimen yang diwujudkan dari awal dulu manakala Bersatu Bagan Serai bergerak dengan team sendiri, yang menampakkan pergolakan dan tidak ada kesatuan, walhal Noor Azmi ahli Bersatu

Begitupun, Noor Azmi dilihat masih ‘steady’ dan tidak terjejas sebaliknya terus dengan program-program beliau memberi khidmat kepada masyarakat dan sudah tentu mahu kekal di Parlimen Bagan Serai. -UTUSAN (SAYED HESHAM IDRIS)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img