spot_img
spot_img

BigPay lancarkan tambah nilai tunai di kedai 7Eleven

spot_img

PETALING JAYA: BigPay telah memperluaskan rangkaian perkhidmatan kewangannya di Malaysia dengan pelancaran penambahan wang tunai di lebih 2,400 lokasi 7-Eleven di seluruh negara.

Pengasas BigPay, Salim Dhanani berkata, Eleven berada di lebih banyak lokasi berbanding cawangan yang dimiliki oleh bank di Malaysia, akan memberi kelebihan unik kepada BigPay.

Beliau berkata, misi syarikat untuk memastikan setiap orang mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan digital, dan membenarkan wang tunai dipindahkan ke akaun BigPay merupakan langkah yang besar ke arah itu.

- Advertisement -

“Tujuan kami ialah untuk memberi semua pengguna akses kepada produk kewangan yang biasanya hanya ditawarkan oleh bank, tetapi dengan kos yang lebih rendah.

“Kami ingin menghapuskan rintangan yang menghalang orang daripada mengurus dan menggunakan kewangan mereka dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kejayaan syarikat itu sehingga kini memberikan asas yang kuat untuk mengukuhkan jejak mereka di pasaran.

- Advertisement -

BigPay yang dilancarkan pada 2018 telah berkembang menjadi satu daripada platform kewangan digital terbesar di Malaysia dengan lebih 1.3 juta pengguna.

BigPay berhasrat untuk berkembang di lebih banyak negara ASEAN tahun ini dengan sebahagian misinya adalah untuk `mencabar’ perbankan dan meningkatkan inklusif perkhidmatan di rantau ini melalui teknologi kewangan (fintech).

Sebagai sebahagian daripada rancangan perkembangan yang berterusan, BigPay juga telah melancarkan perkhidmatannya di Singapura pada September tahun lalu. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img