spot_img
spot_img

Pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

spot_img

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pengumuman Pejabat Perdana Menteri semalam tentang pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencerminkan komitmen kerajaan dalam usaha memastikan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan baik.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan yakin jawatankuasa khas tersebut akan dapat membuat pertimbangan terbaik untuk menentukan sama ada darurat perlu diteruskan atau boleh ditamatkan lebih awal.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Saiful menyifatkan ahli jawatankuasa yang diumumkan adalah mereka yang berkaliber dan berintegriti.

- Advertisement -

“Pembentukan jawatankuasa ini melambangkan betapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serius dalam memastikan nasihat yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tepat dan dipandu oleh data,” katanya.

Tambah Wan Saiful, tidak ada sesiapa yang boleh mempersoal kredibiliti ahli jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ini.

Daripada 19 oleh ahli jawatankuasa yang diumumkan hanya sebahagian kecil sahaja terdiri dari ahli parlimen kerajaan manakala majoritinya adalah tokoh profesional.

- Advertisement -

Wan Saiful berharap wakil-wakil pembangkang dalam jawatankuasa ini akan turut bersikap profesional.

“Pada 21 Januari lalu, pembangkang sudah awal-awal lagi mengatakan bahawa walaupun mereka menghantar wakil ke dalam jawatankuasa, mereka kekal dengan pandangan mahu darurat ditamatkan, semoga dengan pengumuman ini wakil-wakil pembangkang akan menjadi lebih profesional,” katanya.

“Saya juga berharap pembangkang tidak membuat andaian berpandukan nafsu politik sebelum dapat pembentangan data dan maklumat.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img