TERKINI
Pendapat

Tutup ekonomi: Lebih ramai mati akibat kemiskinan berbanding COVID19

January 26, 2021 2:26 pm – Kamal Hafiz
KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan untuk menutup sepenuhnya aktiviti ekonomi sekiranya kes COVID-19 di negara ini gagal dikawal hanya akan memusnahkan ekonomi, kata Pusat bagi Pendidikan Pasaran (CME).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CME Dr Carmelo Ferlito, bukti saintifik juga menunjukkan penutupan ekonomi tidak berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.
“Daripada perspektif ekonomi, keputusan menutup sepenuhnya ekonomi termasuk sektor pembuatan, hanya dipandu oleh pemahaman lemah tentang bagaimana ekonomi berfungsi.
“Sebenarnya ekonomi tidak boleh dibahagikan mengikut sektor persendirian; sebaliknya, ia satu sambungan rangkaian yang rumit.
“Sebagai contoh, jika anda benarkan ladang ternakan ayam beroperasi tetapi anda menutup pembuatan dan pengangkutan, maka anda tidak membenarkan ayam itu di sembelih, dibungkus dan dibawa ke pasar raya.
“Secara keseluruhan anda benarkan produk itu dihasilkan tetapi tidak membenarkan pengguna menikmatinya.
“Lupakan idea penutupan ekonomi sepenuhya yang mana tidak bermanfaat dari perspektif saintifik dan hanya akan membawa kepada peningkatan paras kemiskinan Malaysia, selain jumlah orang ramai yang ‘mati’ akibat kemiskinan lebih tinggi berbanding COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ferlito berkata analisis data yang lebih baik serta komunikasi untuk membolehkan orang ramai membuat penilaian risiko yang tepat serta mengorentasikan tingkah laku mereka, adalah langkah lebih efektif dalam melawan pandamik itu.
“Strategi analisis data seperti ini belum wujud di Malaysia,” katanya.
Ferlito berkata Malaysia juga perlu belajar untuk hidup bersama virus itu.
“Masalah sebenar bukan untuk mengelak jangkitan sebaliknya fokus kepada pencegahan dan rawatan yang boleh mengurangkan, meminimumkan dan akhirnya mengurangkan kadar kematian (yang sedia ada rendah di Malaysia),” katanya.
Beliau turut menyelar strategi dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikatakan tidak lancar sehingga menyebabkan komuniti pelabur berasa gusar.
Ini diburukkan lagi dengan senario politik yang beliau anggap mengelirukan dewasa ini.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid