spot_img
spot_img

Kerajaan sudah cukup kuasa, kenapa perlu darurat ?

spot_img

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan langkah drastik dan terdesak kerajaan yang terpaksa memohon pengisytiharan darurat pada ketika ini.

Sebaliknya, beliau dalam nada sindir menyifatkan tindakan aneh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai cubaan menyekat kebebasan suara rakyat terutamanya isu politik.

“Setakat ini, kita tak tahu apa makna darurat? Apakah ini bermakna rakyat tidak boleh buat itu dan ini, tak boleh bercakap, malah tak boleh lagi tegur silap kerajaan,” katanya secara sinis.

- Advertisement -

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Human Life Advancement Foundation berkata dalam sidang akhbar selepas melancarkan portal jualan herba tempatan, Herbee di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah memperkenankan pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos ini atau suatu tarikh tertentu.

Ini selepas Muhyiddin mempersembah maklum keputusan mesyuarat Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu semalam. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img