TERKINI
Politik

Rakyat perlu tahu Bersatu ada di tempat mereka

January 8, 2021 1:10 am –

JOHOR BAHRU, 7 Jan: Peneraju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat cawangan dan bahagian perlu menyegerakan pemasangan papan tanda bukan sahaja bertujuan memperkukuhkan penjenamaan tetapi yang lebih penting bagi memastikan masyarakat setempat tahu kewujudan parti itu di tempat mereka.

Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli berkata, sejajar dengan pertumbuhan parti dan peningkatan sokongan masyarakat selain satu inisiatif membawa lebih ramai penduduk setempat mengenali Bersatu, papan tanda cawangan dan bahagian mesti dipasang.

“Apabila masyarakat tahu Bersatu ada di sesuatu kawasan, ini pasti memudahkan mereka datang kepada parti untuk kami santuni. Berpegang teguh kepada aspirasi dan pendekatan sebuah parti yang prihatin rakyat, kami mesti memberitahu rakyat di mana cawangan dan bahagian kami wujud,” katanya selepas sama-sama memasang papan tanda semua cawangan Bersatu Johor Bahru yang sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat 14 Cawangan Bersatu wujud dan berdaftar, yang telah melalui proses pemilihan buat pertama kali tahun lalu.

Katanya, inisiatif memasang papan tanda Bersatu sewajarnya dilaksanakan di seluruh negara bagi tujuan dan impak yang sama khususnya membina imej positif pada kacamata rakyat.

Terdahulu, Razrul Anwar turut bergotong-royong bersama kepimpinan cawangan untuk memasang papan tanda.

Program ini diketuai oleh Encik Ripin yang juga merupakan Ketua Cawangan Bersatu Larkin.

“Kita adalah bahagian Bersatu yang pertama di Malaysia yang mempunyai papan tanda”, ujarnya.

Dalam program lain, Bersatu Johor Bahru menyerahkan bantuan berupa barang keperluan dan makanan kepada petugas Angkatan Perkhidmatan Awam Johor Bahru. Ini dapat melancarkan lagi tugas anggota agensi itu dalam memberi khidmat kepada penduduk di beberapa kawasan yang terjejas apabila kediaman mereka dilanda banjir beberapa hari lalu.

Razrul Anwar menyerahkan bantuan itu kepada wakil pegawai APM Johor Bahru, Lt (PA) Mohd Khairul Anuar Abd Karim yang sedang bertugas di kawasan bencana.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid