TERKINI
kesihatan

Wartawan harus antara yang pertama terima vaksin

January 7, 2021 12:48 am – Arman Danial

GENEVA – Lebih 600 petugas media meninggal dunia akibat Covid-19 sejak 1 Mac 2020, menurut pertubuhan kebebasan media, The Press Emblem Campaign (PEC) yang merekodkan kematian petugas media di seluruh dunia.

Data PEC menunjukkan 303 korban daripada 602 kematian itu dicatatkan di Amerika Latin.

“Kira-kira 145 kematian pula direkodkan di Asia diikuti 94 di Eropah, 32 di Amerika Utara dan 28 di Afrika,” ujar kumpulan berpusat di Geneva itu lagi yang memperoleh data daripada media tempatan dan persatuan wartawan kebangsaan.

Jelas PEC, kebanyakan bukan berlaku ketika mereka sedang bertugas memandangkan senarai itu turut merekodkan kematian wartawan yang sudah bersara.

“Petugas media perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan akses kepada vaksin Covid-19. Golongan itu lebih terdedah kepada wabak tersebut kerana kerjaya mereka memerlukan mereka turun ke lapangan.

“Sebahagian daripada mereka terutamanya ‘freelance’ dan jurugambar juga tidak boleh bekerja dari rumah,” tambahnya lagi.

Difahamkan, angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi kerana punca kematian petugas media biasanya tidak dinyatakan atau maklumat diperoleh mungkin sukar dipercayai.

Ketika ini, Peru mencatatkan angka kematian tertinggi seramai 93 petugas media diikuti Brazil (55), India (53), Mexico (45), Ecuador (42), Bangladesh (41), Itali (37) dan Amerika Syarikat (31). – AFP

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid