spot_img
spot_img

Melaka United takkan turun Liga M3

spot_img

KUALA LUMPUR: Melaka United tidak mungkin turun ke Liga M3 meskipun desas-desus mengatakan mereka gagal melengkapkan dokumen bagi tujuan ­pelesenan kelab, selain dipalit isu tunggakan gaji pemain.

Spekulasi Melaka United bakal disingkir daripada Liga Malaysia (Liga M) musim ini bertiup kencang selepas dikatakan tidak melengkapkan dokumen berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd. Saiful. Mat Sapri menafikan perkara itu dengan menegaskan mereka bukan membuat rayuan, sebalik­nya menjalankan proses dokumentasi biasa seperti yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

- Advertisement -

Katanya, dakwaan yang mengatakan mereka akan turun ke Liga M3 ekoran isu pelesenan dan masalah gaji tidak masuk akal sama sekali.

“Ada beberapa dokumen lagi perlu kami serahkan kepada FAM dan ini perkara biasa yang akan selesai minggu ini. Tiada isu Melaka United mengemukakan rayuan kerana ia cuma prosedur yang ditetapkan.

“Mengenai tunggakan gaji, musim 2021 belum bermula. Kalau ada pun, mungkin musim lalu yang sedang diselesaikan.

- Advertisement -

“Buat masa sekarang beberapa penaja sudah menunjukkan komitmen tetapi perkara ini saya akan umumkan tak lama lagi.

“Sekarang pengurusan baharu, semuanya berjalan baik setakat ini. Jadi tidak timbul isu kami akan turun ke Liga M3 sebab lesen,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Setiausaha Agung FAM, ­Stuart Ramalingam sebelum ini memberitahu, lima daripada tujuh pasukan yang diberikan lesen bersyarat sudah menyelesaikan proses permohonan mereka, namun ada dua kelab berisiko ditarik balik lesen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img