spot_img
spot_img

11 Kluster Baru Di Kesan

spot_img

PUTRAJAYA: Bilangan kluster jangkitan COVID-19 aktif di negara ini turut meningkat apabila sebanyak 11 kluster dikesan setakat tengah hari tadi.

Kluster berkenaan dikesan di Selangor, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan peningkatan itu, jumlah kluster aktif di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 242 kluster.

- Advertisement -

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Jalan Playar, Kluster Sri Suria, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Bukit Angkat, Kluster Parit Jamil, Kluster Tombovo, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Jalan Raja, Kluster Langit Selatan, Kluster Bah Sayap dan Kluster Mengkuang.

“Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 306 kluster. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 242 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Perindustrian (200 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin (65 kes),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

- Advertisement -

Dr Noor Hisham berkata, kes Kluster Jalan Playar di Petaling di Selangor dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah kilang dan sehingga hari ini, seramai 68 daripada 180 individu yang disaring dikesan positif COVID-19.

Katanya, satu kluster tempat kerja yang juga dikesan di Petaling, Kluster Sri Suria, membabitkan 16 kes yang dilaporkan positif COVID-19 bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah kilang.

“Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, kluster tempat kerja membabitkan daerah Hulu Langat di Selangor dan kes-kes kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga hari ini sejumlah 371 individu sudah disaring, dengan 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Satu kluster tempat kerja, Kluster Bukit Angkat, dikesan di daerah Hulu Langat di Selangor, dan kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Januari lalu melalui saringan bersasar di sebuah syarikat dan sejumlah 25 daripada 83 individu yang disaring dikesan positif COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Parit Jamil, iaitu kluster tempat kerja di Muar di Johor dikesan melalui kes indeks yang dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember lalu hasil saringan individu bergejala manakala KKM mengesan 62 kes positif daripada sejumlah 612 individu yang disaring dalam kluster itu.

“Satu kluster jangkitan dikesan di Putatan, Sabah dan kes indeks dalam Kluster Tombovo itu dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari lalu hasil saringan individu bergejala manakala sejumlah 18 individu dikesan positif dalam kluster ini,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Tapak Bina Jalanyang dikesan di daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur membabitkan kes positif yang direkodkan bermula hari ini

melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan dan 116 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Katanya, Kluster Jalan Raja di kesan di Lembah Pantai, Cheras, Titiwangasa dan Kepong di Kuala Lumpur selepas saringan bersasar dijalankan di sebuah pusat beli-belah bermula 19 Disember lalu.

Setakat ini, Dr Noor Hisham berkata, 25 daripada 125 individu yang disaring dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster Langit Selatan membabitkan daerah Kuantan di Pahang dikesan melalui kes indeks yang dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember lalu, hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 43 individu sudah disaring, dan sembilan kes dikesan positif COVID- 19 dalam kluster ini,” katanya.

“KKM turut mengesan Kluster Bah Sayap membabitkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember lalu hasil saringan individu bergejala dan sehingga hari ini lima kes positif daripada sejumlah 48 individu yang disaring.

“Kluster Mengkuang di Marang dan Kuala Nerus, Terengganu dikesan melalui kes indeks yang dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari hasil saringan individu bergejala dan sehingga hari ini, sejumlah 150 individu sudah disaring, dan 10 kes dikesan positif COVID-19,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM melaporkan setakat hari ini jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 306 kluster daripada 548 kluster dilaporkan sepanjang episod jangkitan COVID-19 di negara ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img