spot_img
spot_img

Azroy ingat pesanan jurulatih

spot_img

Kuala Lumpur: Kerana jurulatihnya, Wang Zhi Quan pemenang pingat emas temasya Komanwel Gold Coast, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad akan meneruskan perjuangan dalam sukan angkat berat.

Biarpun dia kini tidak lagi di bawah bimbingan Zhi Quan yang tidak lagi disambung kontrak, badang negara itu berkata, perjuangan akan diteruskan demi merealisasikan impian jurulatih yang juga dianggap sebagai ayah angkatnya itu untuk mendapatkan emas kedua di Komanwel nanti.

“Kalau nak ikutkan hati saya memang saya nak bersara selepas kontrak jurulatih saya itu tidak disambung. Tapi beliau cakap kepada saya, minta saya teruskan kerana beliau nak lihat saya menang sekali lagi emas di Komanwel.

- Advertisement -

“Coach (Zhi Quan) kata jika sayang dia teruskan perjuangan biarpun hati saya ni berkata saya nak bersara.

“Daripada saya berada di ranking kelima, keenam Komanwel, beliau turunkan ilmunya sehingga saya meraih emas.

“Lima tahun bersama beliau, banyak pengalaman dan ilmu saya dapat. Dari kosong hingga berjaya bergelar juara dan pecah rekod Komanwel. Biarpun latihannya nampak macam mendera tapi keputusan yang saya dapat memang cemerlang.

- Advertisement -

“Biar air mata menitis masa latihan jangan air mata menitis dengan kekalahan, itu antara nasihat yang saya pegang hingga ke hari ini,” katanya.

Selain dari Azroy, Zhi Quan turut membawa atlet negara, Hafifi Mansor meraih emas di Komanwel Glasgow selain layak ke temasya Olimpik Rio 2016.

Penguasaan negara dalam acara angkat berat berterusan apabila dua emas berjaya disumbangkan oleh Azroy dalam kategori 56 kilogram (kg) dan Muhammad Aznil Bidin (62kg) di Komanwel yang lalu.

Namun kontrak jurulatih yang juga fasih berbahasa Melayu itu tamat 31 Disember lalu dan tidak disambung oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan kini sudahpun pulang ke tanah besar China kelmarin.

Kata Azroy kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakannya adalah berjaya meraih dua pingat perak dan satu gangsa di Kejohanan Asia selain berjaya memecahkan rekod kebangsaan berusia 12 tahun.

Pada kejohanan itu dia melakukan angkatan 112 kg dalam acara snatch dan 136 kg bagi acara clean and jerk dengan jumlah angkatan keseluruhan seberat 248kg.

-Aida Adilah Mat Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img