spot_img
spot_img

UMNO dalam krisis kepimpinan

spot_img

MANA SATU KEPUTUSAN RASMI UMNO: MAHU PRU SEKARANG ATAU SELEPAS PANDEMIK COVID-19 DAPAT DIKAWAL?

Sewaktu mengumumkan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan UMNO mahu agar PRU diadakan selepas pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

Bagaimanapun, sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bagan Datuk pada hari ini lain pula nada beliau yang seperti mahukan PRU dilangsungkan sekarang tanpa mengira pandemik COVID-19 sudah dapat dikawal atau tidak.

- Advertisement -

Kata beliau: “UMNO mengambil keputusan PRU disegerakan. Lebih 30 negara mengadakan PRU ketika COVID-19 melanda negara, kenapa Malaysia saja takut, takut COVID je takut benda lain?”

Agak berat juga kenyataan Presiden UMNO ini kerana ia seolah-olah berupa satu tuduhan kepada BERSATU bahawa ia tidak berani mengadakan PRU sekarang bukan kerana takut COVID-19 tetapi kerana takut kalah.

Begitupun, sekali lagi pertanyaan yang wajar dikemukakan, kali ini kepada Presiden UMNO sendiri ialah: Mana satukah keputusan rasmi UMNO, mahu PRU diadakan sekarangkah atau selepas pandemik COVID-19 dapat dikawal?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img