spot_img
spot_img

Tiada orang tengah beli vaksin

spot_img

KUALA LUMPUR: Tiada penggunaan orang tengah dalam proses perolehan vaksin Covid-19 bagi memastikan pembaziran wang negara tidak berlaku.

Itu jaminan yang dibuat kerajaan ketika Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020 di Dewan Negara, hari ini.

Mohd. Shahar berkata, kerajaan mengguna pakai empat kaedah berbeza berhubung perkara itu yang mana tidak akan ada pihak-pihak yang bakal mengambil keuntungan daripada pandemik berkenaan.

- Advertisement -

“Saya nak bagi jaminan kepada yang berhormat Senator, kerajaan akan membuat proses perolehan hanya kepada syarikat farmaseutikal dan tidak akan ada orang tengah yang mengambil keuntungan daripada proses perolehan ini.

“Kita mempunyai empat kaedah perolehan yang kita lakukan. Pertama, rundingan terus dengan syarikat farmaseutikal. Kedua, penyertaan dalam fasiliti COVAX.

“Ketiga bilateral kerajaan dengan kerajaan (G2G) dan yang keempat, secara tender terbuka dalam jangka masa panjang,” katanya.

- Advertisement -

RUU Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020 diluluskan tanpa tentangan, secara sebulat suara oleh semua Senator.

Sebelum itu, ketika menggulung perbahasan RUU Kewangan 2020, Mohd. Shahar menjelaskan, kerajaan berusaha mengurangkan ketirisan cukai sebagai antara strategi bagi menambah baik pentadbiran cukai di negara ini.

Beliau berkata, penambahbaikan akan dilakukan menerusi pengurusan data dan strategi integrasi data dengan agensi-agensi berkaitan.

“Antara strategi lain adalah mengurangkan amalan kurang lapor dan isytihar, memperluaskan asas hasil kerajaan dan memanfaatkan potensi sektor tidak formal,” ujarnya.

RUU Kewangan 2020 turut diluluskan Dewan Negara secara sebulat suara. -UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img