spot_img
spot_img

Ramai ingkar PKP di pusat hiburan

spot_img
KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat hampir lima kali ganda iaitu 1,002 pada Jumaat berbanding 246 individu pada hari sebelumnya.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, seramai 854 individu dikenakan kompaun, manakala 148 individu lagi direman.
Daripada jumlah yang ditahan, individu yang terlibat dengan aktiviti pusat hiburan adalah paling tinggi iaitu seramai 687 individu, tambahnya.
“Selain itu, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal seramai 125 individu, tidak memakai pelitup muka (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63) dan lain-lain (58),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan dalam Operasi Benteng, manakala tiga buah kenderaan darat dirampas.
Pada masa yang sama, pasukan petugas operasi pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat 49,603 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP Pemulihan (PKPP).
“Sebanyak 2,454 pasukan pematuhan membabitkan 10,632 anggota membuat pemantauan di 3,579 pasar raya, 4,656 restoran serta 1,852 penjaja, 1,118 kilang, 3,314 bank dan 498 pejabat kerajaan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img