TERKINI
Dalam Negara

Jangan mudah jatuh hukum

December 23, 2020 1:30 pm –

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menasihati umat Islam di negara ini agar tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu murtad hanya berdasarkan khabar angin.

Merujuk kepada isu perkahwinan seorang wanita Malaysia yang beragama Islam dengan kapten pasukan hoki India, Zulkifli berkata, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan seseorang yang berbangsa Melayu itu adalah beragama Islam.

“Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukum seseorang yang berbangsa Melayu itu murtad hanya berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya dan kerajaan yakin serta percaya, isu ini akan dapat ditangani dalam masa terdekat oleh pihak berkuasa agama negeri Johor.

“Ini seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, lebih-lebih lagi isu ini juga mendapat perhatian langsung daripada Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara hari ini.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid