spot_img
spot_img

Bjak.my bantu jimat renew insurans kereta

spot_img

KUALA LUMPUR: Bjak.my membantu pemilik kereta di Malaysia menjimatkan lebih RM90 juta melalui perkhidmatan perbanĀ­dingan insurans.

Menurut syarikat itu, setakat ini, lebih tiga juta pengguna teĀ­lah mendaftar di platform Bjak.my dan berjaya menjimatkan wang antara RM50 sehingga RM450 bagi memperbaharui insurans kereta.

Ketua Operasinya, Fatin Izzati Masturi berkata, ditubuhkan pada 2019, Bjak.my berjaya menarik jutaan pemilik kenderaĀ­an persendirian menggunakan perkhidmatan itu dengan melaĀ­kukan proses banding dan beli insurans motor serta kereta secara dalam talian, menjadikan ia sebagai platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia.

- Advertisement -

Katanya, Bjak.my memberi ruang kepada pemilik kereta untuk membuat perbandingan dengan lebih 10 syarikat insuĀ­rans dan takaful dalam masa lima minit sahaja.

Antara syarikat-syarikat insurans yang disediakan di platform itu adalah Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

ā€œPenjimatan itu dihasilkan melalui perbandingan antara syarikat insurans yang menyediakan pelbagai variasi premium sehingga 40 peratus. Ia kesan daripada liberalisasi tarif insurans motor yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017.

- Advertisement -

ā€œDengan perkhidmatan perbandingan insurans secara atas talian yang disediakan, pemilik kereta kini boleh memilih pakej dari lebih 10 syarikat insurans dalam beberapa minit sahaja, di rumah mereka,ā€ katanya.

Fatin Izzati berkata, setiap hari, pihaknya menerima baĀ­nyak maklum balas positif daripada para pelanggan melalui media sosial termasuk Facebook mengenai perkhidmatan ditawarkan.

ā€œKebanyakannya memaklumkan bagaimana kami telah membantu mereka menjimatkan wang dan masa, malah ramai juga pelanggan yang gembira dengan perkhidmatan diberikan oleh Bjak.my,ā€ katanya. ā€“ UTUSAN

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img