TERKINI
BERITA Politik

Pemimpin BN sokong Anwar Ibrahim perlu keluar parti

December 14, 2020 12:13 pm – zul
KOTA BHARU:┬áDasar ‘No DAP, No Anwar’ merupakan ketetapan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan jika ada ahli yang melanggarnya maka mereka sudah melanggar dasar parti, kata Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, ia termasuk pemimpin BN dan UMNO jika benar dakwaan mereka memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas mengenai dakwaan terdapat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan terhadap Anwar.
“Saya boleh mengesahkan sebagai Setiausaha Agung BN, soal SD ini bukan merupakan keputusan parti dan tidak dibincangkan di peringkat parti.
“Peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MN adalah kerajaan Perak dan PN (Perikatan Nasional) dipertahankan dan dasar ‘No Anwar, No DAP’ tidak dikompromikan.
“Dasar itu masih (terpakai) sehingga saat ini dan perkara yang lain itu melanggar keputusan parti,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) dan BN tidak pernah membincangkan cadangan atau perkara mengenai menandatangani SD sedemikian.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, jika dakwaan mengenai sokongan kepada Anwar tidak berasas, ahli Parlimen BN yang dikaitkan itu perlu membuat laporan.
Beliau turut menjelaskan tidak mempunyai maklumat dakwaan Anwar memperolehi 113 tanda tangan SD daripada ahli Parlimen termasuk daripada BN.
Annuar berkata, jika ada yang ingin melanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid