spot_img
spot_img

Muafakat harungi saingan mendatang

spot_img

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa industri bola sepak Asia yang dilihat terus terkesan dengan impak Covid-19 ketika ini untuk kekal bermuafakat dalam memastikan kelangsungan sukan ini, khususnya bagi menempuh saingan tahun depan.

Hamidin yang juga ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023, berkata rantaian Covid-19 ini sukar untuk diputuskan sepenuhnya.

Justeru AFC akan terus bersama ahli gabungan terutama negara yang terjejas teruk memberi sokongan yang diperlukan terutama dari segi bantuan dana atau kewangan.

“Demi keselamatan semua pihak, AFC sebelum ini menunda kebanyakan saingannya tahun ini dan ada kejohanan yang terpaksa dibatalkan.

- Advertisement -

“AFC adalah Konfederasi yang pertama mengambil langkah menunda perlawanannya bagi berdepan Covid-19.

“Berdasarkan senario terkini, industri bola sepak di sesetengah negara Asia akan terus berdepan cabaran utama yang menuntut kita terus bekerjasama dalam menangani krisis ini,” katanya selepas turut serta dalam Kongres AFC ke-30 tahun 2020 secara maya, petang semalam.

Turut serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan dua ahli exco FAM, Asisten Komisioner (B) Md Dali Wahid dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib.

- Advertisement -

Kongres secara maya ini meluluskan dan menerima permohonan Persatuan Bolasepak Kepulauan Mariana Utara sebagai Persatuan Anggota AFC ke-47.

Terdahulu Kongres maya ini juga mengambil masa beberapa minit bagi mengenang pemergian legenda Argentina, Diego Armando Maradona serta legenda dari benua Asia yang meninggal dunia.

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, dalam ucapannya di kongres secara maya itu berkata, FIFA mampu menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada negara anggota sejak bermulanya perjuangan menentang Covid-19.

Infantino sekali lagi menekankan perpaduan atau solidariti adalah penting untuk memastikan kelangsungan bola sepak terutama dalam usaha menyaksikannya kembali normal pada 2021.

Mesyuarat secara maya yang dipengerusikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa itu turut meluluskan laporan kewangan yang diaudit bagi 2019, serta belanjawan yang disemak AFC bagi 2020 dan meluluskan pindaan Statut AFC.

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img