spot_img
spot_img

Pertahan PN, fikir kesan buruk jika PH kembali memerintah

spot_img

ALOR SETAR: Parti-parti yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan disokong UMNO mampu untuk terus bertahan.

Bagaimanapun tegas Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor, perkara itu bergantung kepada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh parti berkenaan.

Katanya, ini termasuk memikirkan kesan lebih buruk sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi peluang kembali memerintah.

- Advertisement -

“Kita perlu sedar akan timbul mudarat lebih besar sekiranya PH kembali memerintah berbanding sedikit pengorbanan terpaksa dilaksanakan demi mengekalkan PN.

“Beban yang terpaksa ditanggung untuk tidak terlalu mengutamakan kehendak kita adalah lebih ringan berbanding beban terpaksa ditanggung sekiranya PH kembali memerintah. Semua pihak perlu tahu akan perkara utama yang patut diberi perhatian,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img