spot_img
spot_img

Jurulatih tempatan dianak tiri

spot_img

Kuala Lumpur: Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Demikian ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan senario bola sepak negara terutamanya membabitkan nasib jurulatih tempatan.

Sudahlah berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk menggenggam lesen Pro Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) namun akhirnya peluang untuk menabur bakti bersama pasukan Liga Malaysia (Liga-M) tidak kesampaian apabila ia diberikan pula kepada pengendali asing.

Lantas demi meneruskan karier selain tidak menjadikan lesen berkenaan sekadar hiasan, maka beberapa jurulatih terpaksa melebarkan sayap ke luar negara seperti Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Bangladesh bagi melatih kelab bola sepak di negara terbabit.

Antara jurulatih tempatan yang sedang berkira-kira ke luar negara adalah bekas jurulatih PDRM FC, Mohamad Ishak Kunju Mohamad yang mengakui sudah memulakan usaha mencari pasukan baharu di luar negara.

- Advertisement -

Katanya, beliau terpaksa mencari alternatif lain termasuk mengintai peluang di beberapa liga sekitar Asia Tenggara dan Asia Tengah selepas menyedari peluang untuk melatih pasukan Liga-M tipis.

Menurutnya, beliau bukan mahu menyalahkan mana-mana jurulatih luar kerana melatih pasukan tempatan, namun beliau berasakan peluang dan ruang seharusnya diberi keutamaan kepada anak tempatan bagi melatih pasukan apatah lagi sudah ramai yang memiliki lesen Pro AFC.

“Saya setuju kalau mereka ambik jurulatih import lebih baik daripada jurulatih tempatan. Tapi kalau ambik jurulatih import yang tak pernah ada latar belakang dan datang untuk mulakan platform dekat Liga-M, saya tidak setuju dengan itu.

- Advertisement -

“Ini pendapat saya sendirilah, saya rasa dia buat macam itu (pasukan yang ambil jurulatih luar tanpa kelayakan)…kita ‘upgrade’ kita punya lesen, guna duit sendiri dengan berpendapat akan diberi ruang dan peluang.

“Kalau mereka tak beri peluang macam mana orang nak tunjukkan kemampuan. Lepas itu selalu kata jurulatih kita tak cukup bagus…tak cukup bagus. Tapi bila jurulatih asing datang boleh pula bagi semuanya, tapi berbeza pula dengan jurulatih tempatan, dengan alasan tak ada duit,” katanya yang sudah menghantar resume ke kelab Indonesia dan Bangladesh.

Semalam, Arena Metro melaporkan sekurang-kurangnya 30 jurulatih tempatan yang memiliki lesen Pro AFC bakal ‘tanam anggur’ selepas masih tidak mempunyai pasukan untuk musim depan.

Mendedahkan perkara terbabit, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan memaklumkan bahawa senario itu menyaksikan ruang pekerjaan membabitkan jurulatih lesen Pro AFC semakin sempit dengan rata-rata mungkin perlu berkelana ke luar negara bagi mencari peluang pekerjaan itu.

Ia sebaliknya menyaksikan pasukan Liga-M lebih berminat mengambil tenaga pakar daripada luar untuk membimbing skuad mereka pada musim depan ketika jurulatih tempatan sudah berhabis RM100,000 untuk mendapatkan lesen terbabit.

Untuk rekod, ketika ini hanya lima jurulatih tempatan akan membimbing pasukan di Liga Super musim depan iaitu Zainal Abidin Hassan (Melaka), P Maniam (PJ City), Dollah Salleh (Pahang), Nafuzi Zain (Terengganu FC) dan Lucas Kalang Laeng (Sabah).

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img