spot_img
spot_img

Fahami tahap serangan Covid19 pada individu

spot_img

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar. Hal ini kerana seluruh dunia
dilanda wabak ‘Corona Virus’ ataupun lebih spesifik SARS-Cov-2 yang dinamakan
COVID-19. Pada tahun 2003 kita juga pernah dilanda wabak ‘Corona Virus’, iaitu ‘Severe
Acute Respiratory Syndrome’ (SARS) yang berpunca dari virus SARS-Cov 1. Menurut
‘World Health Organization’ (WHO) kedua-dua virus ni merupakan kelas virus yang sama
iaitu ‘Corona Virus’.

Kes pertama COVID-19 dicatatkan di negara China iaitu di wilayah Wuhan sekitar
Disember 2020. WHO menyatakan virus covid ini berasal dari zoonotik namun jenis haiwan
belum dapat dikenalpasti.. Virus ini disebarkan dari manusia ke manusia melalui titisan
udara ataupun aerosol.

Kes COVID-19 pertama di Malaysia dicatatkan sekitar hujung Januari 2020 iaitu di
Johor, dan kini sehingga 30 November 2020, Malaysia telah mencatatkan 65,697 kes
COVID-19. Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti COVID-19 adalah seperti demam, sakit
tekak, batuk ( batuk berkahak ataupun kering ), letih-letih badan, cirit birit dan sesak nafas.
Namun begitu, seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
kebanyakan pesakit tidak bersimptom.

- Advertisement -

Pesakit yang dijangkiti COVID-19 boleh diketegorikan kepada5 peringkat. Peringkat
pertama ; tiada simptom, peringkat kedua; mempunyai simptom namun tiada jangkitan
kuman paru-paru. Peringkat ketiga dan keempat; mempunyai simptom dan jangkitan kuman
paru-paru, namun peringkat keempat pesakit memerlukan bantuan pernafasan oksigen. Yang terakhir iaitu peringkat kelima yang paling teruk, pesakit akan mengalami jangkitan paru-
paru dan juga kegagalan untuk organ-organ penting untuk berfungsi.

Golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh virus COVID-19 adalah seperti
warga emas, pesakit yang mempunyai imuniti yang lemah seperti pesakit kencing manis,
pesakit kegagalan buah pinggang, pesakit yang menjalani kemoterapi, pesakit yang
mengambil steroid untuk rawatan perubatan, ibu mengandung dan kanak-kanak. Manakala, pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, masalah
jantung akan lebih berisiko tinggi jikalau mereka dijangkiti virus COVID-19.

Jika seseorang itu dijangkiti oleh COVID-19, virus ini boleh kekal berada dalam badan
selama 14 hari dan kebanyakan pesakit akan menunjukkan tanda-tanda jangkitan sekitar 4-5
hari dari hari dia terdedah dengan virus COVID-19. Pesakit yang mempunyai kontak rapat
dengan pesakit positif COVID-19 perlu menjalani ujian ‘oropharyngeal dan nasopharyngeal
swab’ dimana petugas kesihatan akan memasukkan swab poliester kecil yang mempunyai
batang panjang ke dalam mulut dan hidung seterusnya mengambil sampel sel untuk diuji.

- Advertisement -

Sel ini akan dihantar ke makmal untuk diuji ‘Polymerise chain reaction’ (PCR) test
untuk mengesani ‘RNA’ virus tersebut. Ujian PCR ini mengambil masa selama 24 jam.
Kontak rapat kepada pesakit covid hendaklah menjalani ujian PCR dan kuarantin selama 14
hari. Terdapat satu lagi ujian yang boleh kita jalani dan ia hanya memerlukan beberapa jam
untuk mengetahui keputusan iaitu ‘Antigen Rapid Test Kit’ (RTK-Ag). Namun begitu untuk
RTK-Ag kepekaan ujian ni 90%. Ini bermakna daripada 100 orang yang menjalani ujian
RTK-Ag, 10 daripada mereka mungkin mendapat keputusan yang negatif palsu. Ini
disebabkan mereka mungkin berada di tempoh inkubasi dimana ‘viral load’ terlalu rendah
untuk dikesan oleh RTK-Ag. Tetapi, kekhususan ujian ini agak tinggi, bermaksud jika
seseorang itu positif untuk RTK-Ag, kemungkinan besar mereka telah dijangkiti COVID-19.
Namun begitu ini perlu dipastikan dengan menjalani ujian PCR.

Setakat ini tiada rawatan yang khusus untuk virus COVID-19. Rawatan yang sedia ada
hanyalah untuk merawat simptom COVID-19. Kita masih menanti vaksin yang dijangka keluar pada awal tahun depan. Baru-baru ini kita dihidangi dengan berita yang dinanti-nantikan iaitu satu syarikat ‘biopharmaceutical’ Pfitzer dengan kerjasama sebuah syarikat Jerman BioNtech telah berjaya menemui vaksin untuk COVID-19 dan keberkesanannya dilaporkan sehingga 95%.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk membeli 12.8 juta dos
vaksin dan ia dijangka dapat diberikan kepada 30% rakyat Malaysia. Vaksin ini mempunyai
dua dos dan akan diberikan dalam tempoh 3 minggu diantara dos pertama dan kedua.
Vaksin ini juga perlu disimpan di tempat yang mempuyai suhu -70 celcius dan hanya seseorang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh menerima vaksin setakat ini.

Namun begitu, vaksin ini masih di fasa 3 kajian dan memerlukan kelulusan daripada FDA
( Food and Drug Administration ) dan NPRA ( National Pharmaceutical Regulatory Agency )
sebelum digunakan di Malaysia. Sebelum adanya vaksin ini, kita semua hendaklah
memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi ‘Standard Operating
Procedure’ (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak , kerap membasuh tangan
dan tidak berkumpul di tempat orang ramai . Kita berharap virus COVID-19 ni berjaya
dihentikan dalam masa yang terdekat dengan adanya vaksin ini. Seterusnya kehidupan dan
ekonomi dunia boleh pulih seperti biasa.

-Dr. Razreen Amim Rusli-
Pegawai Perubatan KKM

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img