spot_img
spot_img

Ramai bakal ikut jejak Hadi Fayyadh

spot_img

Kuala Lumpur: Lebih ramai ubi muda negara mengikuti jejak langkah penyerang tinggi lampai negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak apabila Yakult terus komited menghantar pemain remaja ke Jepun pada musim depan bagi membantu mereka terus mendapat pendedahan sewajarnya di peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroshi Hamada berkata, kerjasama dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) khususnya Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menyaksikan pemain berkelayakan akan dipilih untuk ke negara matahari terbit itu bagi menimba pengalaman dan membantu mengasah bakat masing-masing bersama pasukan tempatan.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan tidak dapat dilaksanakan pada musim ini memandangkan pintu sempadan negara ditutup menyaksikan program berkenaan terpaksa ditangguh pada tahun depan.

- Advertisement -

“Kita memang merancang mahu menghantar beberapa pemain muda berkelayakan menimba ilmu di Jepun seterusnya berpeluang beraksi bersama kelab tempatan jika mereka berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan.

“Kerjasama dengan AMD menyaksikan ramai pemain berbakat di akademi terbabit yang boleh diketengahkan di Jepun,” katanya, di sini.

Mengikut rekod, sebelum ini, enam pemain muda negara akan berguru di Jepun bermula September 2019 secara berperingkat atau fasa.

- Advertisement -

Kerjasama itu dimeterai ketika delegasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Haji Mohd Amin yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selama lima hari di Tokyo bermula 26 Ogos tahun lalu.

Ketika ini, hanya Hadi Fayyadh beraksi bersama kelab di kelab Divisyen Dua Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img