spot_img
spot_img

Haaland berehat sehingga Januari

spot_img

Berlin: Borussia Dortmund menjangkakan penyerang mereka, Erling Braut Haaland tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan kaki sehingga Januari namun pertahanan, Mats Hummels berkata, kecederaan buku lali yang dialaminya tidak terlalu teruk seperti yang disangkakan.

Haaland, 20, menjaringkan 17 gol dalam 13 perlawanan musim ini termasuk enam dalam saingan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, jurulatih Dortmund, Lucien Favre mengesahkan penyerang Norway itu tidak akan bermain sehingga Januari selepas mengalami koyak otot kaki.

“Ia memang sangat menyakitkan, mungkin dia beraksi sangat kerap,” kata Favre.
- Advertisement -

Haaland terlepas perlawanan ketika seri 1-1 dengan Lazio di laman sendiri yang menyaksikan Dortmund mara ke 16 saingan terakhir Liga Juara-Juara.

Sebelum ini, Haaland memuatnaik, ‘berita baik! Bercakap dengan doktor dan akan kembali tidak lama lagi’ tanpa memberi sebarang maklumat lanjut.

Kemenangan di Zenit St Petersburg Selesa depan akan mengesahkan Dortmund selaku juara Kumpulan F.

- Advertisement -

Hummels terpaksa dipapah keluar padang apabila penjaring gol Lazio, Ciro Immobile mengasari bahagian buku lalinya.

-Arena Metro

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img