spot_img
spot_img

Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, menghadap Sultan Perak

spot_img
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki Istana Kinta, di sini sekitar pukul 5.15 petang tadi.
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki pintu masuk istana tersebut.
Dilihat bersama beliau dalam kenderaan itu adalah Pegawai Khas Kanan beliau, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.
Media difahamkan beliau dititah untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas gagal memperoleh sokongan majoriti terhadap kepimpinannya.
Sebelum itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid dilihat meninggalkan Istana Kinta jam 5.10 petang selepas berada di dalam istana sekitar 30 minit.
Turut dipanggil menghadap adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin yang memasuki istana jam 3.30 petang.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img