spot_img
spot_img

Kantung bocor tanpa penyokong

spot_img

Kuala Lumpur: Saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal berdepan krisis terbesar dalam sejarah penganjurannya apabila dijangka berdepan risiko muflis seandainya penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan ke stadium musim depan jika pandemik Covid-19 berterusan.

Jangkaan itu hadir susulan kebergantungan kewangan setiap pasukan Liga M adalah daripada hasil kutipan tiket perlawanan selain wang tajaan yang diterima daripada syarikat swasta serta badan bukan kerajaan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, hampir RM100 juta kerugian secara keseluruhan bakal ditanggung oleh 24 pasukan Liga M iaitu dari Liga Super dan Liga Perdana yang boleh mengheret mereka ke kancah bankrap.

- Advertisement -

Katanya, jualan tiket perlawanan adalah elemen terpenting dalam ekosistem bola sepak di Malaysia memandangkan hasil daripada hak penyiaran dan wang kemenangan tidak semewah liga di luar negara.

Lantas, hasil kutipan tiket sememangnya penting bagi memastikan industri bola sepak terus hidup dan bernyawa di kala negara ketika ini sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid-19.

“Bermula tahun depan, Liga M dah bergerak secara swasta di mana ia dimiliki oleh pihak individu yang bergelar usahawan ataupun dimiliki secara konsortium iaitu pemilikan secara bersama.

- Advertisement -

“Jadi maksudnya, sumber kewangan pasukan datangnya daripada pemilik sendiri tanpa mengharapkan dana daripada kerajaan negeri lagi.

“Sudah tentu ia berkait dengan soal keuntungan kerana setiap pelabur pastinya mahu melihat ROI atau pulangan pelaburan dan dalam hal ini, pemilik tentunya tidak mahu rugi.

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img