spot_img
spot_img

Terpaksa bergolok bergadai

spot_img

Kuala Lumpur: “Saya bergolok bergadai termasuk guna duit simpanan untuk pastikan gaji pekerja dibayar.

“Demikian pengakuan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini selaku pemilik pasukan Honda Yuzy Racing yang berdepan kesukaran selepas penaja mengurangkan tajaan sebanyak 30 peratus kerana perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan kerajaan.

Jelas Yuzy, pemilik pasukan sepertinya berdepan situasi lebih sukar berbanding pelumba dan kakitangan pasukan kerana perlu memastikan dapat membayar gaji setiap daripada mereka seperti tertera di dalam kontrak.

- Advertisement -

“Saya hanya bagi perumpamaan mudah. Apabila tiada perlumbaan, maka sukar penaja memberi tajaan penuh.

“Macam yang saya alami sekarang, penaja mengurangkan 30 peratus tajaan. Sebagai pemilik, saya tiada pilihan selain perlu bayar gaji pekerja dan pelumba dengan menggunakan wang simpanan.

“Jika baki empat lagi pusingan perlumbaan selepas ini tidak dapat dilangsungkan, situasi menjadi lebih sukar dan tak mustahil ada pasukan menarik diri pada musim depan,” kata bekas pelumba negara yang pernah beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia itu.

- Advertisement -

Arena Metro sebelum ini melaporkan, sebahagian besar pelumba Cub Prix ‘pokai’ berikutan ketiadaan perlumbaan yang juga sumber utama pendapatan mereka hinggakan ada terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan dan pencuci kereta.

Pengarah Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, Ron Hogg selaku penganjur perlumbaan itu sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengemukakan kertas cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rabu ini untuk membenarkan penganjuran baki empat pusingan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ia selepas Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan terbuka untuk pihak penganjur dan persatuan sukan permotoran mengemukakan cadangan berhubung SOP untuk diteliti MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama meliputi cadangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung.

Musim Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2020 hanya sempat berlangsung empat pusingan dengan kali terakhir di Terengganu, September lalu sebelum baki saingan terpaksa ditangguh susulan PKPB.

-Saiful Affendy Sapran Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img