spot_img
spot_img

Kejohanan simulasi kembalikan semangat atlet

spot_img

Kuala Lumpur: Sebagai ganti berikutan pembatalan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 13 Disember ini, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bakal menganjurkan kejohanan simulasi membabitkan semua atlet olahraga negara yang kini berada di Majlis Sukan Negara (MSN).

Ketua jurulatih, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata, kejohanan itu diharapkan mampu mengembalikan semangat barisan atlet negara selepas berdepan dengan situasi kekurangan pertandingan berikutan wabak Covid-19.

Katanya, atlet perlu menggunakan kesempatan itu untuk menilai tahap prestasi termasuklah atlet pelapis yang akan bersaing bersama atlet kebangsaan dan atlet Podium.

- Advertisement -

“Pertandingan simulasi ini akan berlangsung pada tarikh yang sama kejohanan Terbuka Malaysia iaitu pada 12 dan 13 Disember ini.

“Tiada jemputan luar ataupun atlet dari negeri lain berikutan kekangan yang tidak membenarkan atlet merentas negeri.

“Dijangka semua 35 atlet yang berada di MSN akan mengambil bahagian bagi mengembalikan semula semangat mereka yang dahagakan pertandingan dan seterusnya menilai tahap prestasi terkini masing-masing,” katanya.

- Advertisement -

Manshahar berkata, bagaimanapun catatan masa yang dilakukan oleh atlet di kejohanan simulasi berkenaan tidak boleh dikira sebagai rekod kebangsaan.

“Kami sedang usahakan untuk mendapatkan catatan elektronik dan beberapa barangan lain ketika kejohanan itu berlangsung. Bagaimanapun masih belum ada kepastian sama ada ia akan boleh digunakan atau tidak.

“Justeru saya mohon kerjasama dari semua pihak, jurulatih, pegawai dan atlet menjayakan kejohanan ini dan berharap ia dapat berlangsung dengan lancar,” katanya.

Terdahulu Kejohanan Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung pertengahan bulan depan dibatalkan berikutan situasi pandemik Covid-19 ketika ini semakin membimbangkan dan keputusan itu terpaksa diambil demi keselamatan atlet dan pegawai sukan yang terbabit dalam acara berkenaan.

-Aida Adilah Mat Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img