spot_img
spot_img

Pemuda PN lapor polis kontroversi filem ‘Babi’

spot_img

KUALA LUMPUR – Tindakan penyanyi dan pengarah muzik, Namewee menerbitkan filem terbaharu berjudul ‘Babi’ didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian penduduk berbilang bangsa di negara ini.

Wakil Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Mohammad Azwan Azmi berkata, provokasi yang dilakukan amat keterlaluan kerana filem itu seolah-olah menghina tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

“Pada paparan poster filem itu sendiri kita sudah jelas dengan perkataan berunsur hinaan.

- Advertisement -

“Kami bimbang ianya akan menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Azwan berkata, meskipun filem ini dikatakan bukan untuk tayangan di negara ini, namun ianya secara jelas membawa persepsi negatif masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

- Advertisement -

“Saya amat berharap agar sebarang akses kepada penyiaran filem itu di negara ini disekat ini termasuk platform media sosial milik penyanyi itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 37, mencetuskan kontroversi pada tahun 2007 apabila menghasilkan video rap dari lirik lagu kebangsaan yang menghina negara, pasukan polis, Melayu dan azan.

Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak, dia kemudiannya membuat permohonan maaf.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img