spot_img
spot_img

Bestpay tawar platform bimbingan e-dagang menerusi program 4P

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Bestpay Solutions Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan e-dagang melancarkan program 4P – Pemasaran, Pembayaran, Penghantaran dan Percuma yang turut menawarkan bimbingan perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana (IKS) secara percuma mulai 1 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestpay Razwan Ikmal berkata syarikat itu menyasarkan penyertaan 100 peniaga IKS atau penjaja bagi fasa pertama program tersebut.

 

- Advertisement -

“Pada peringkat awal bermula Disember sehingga suku pertama tahun 2021, perkhidmatan Bestpay ini ditawarkan kepada peniaga dan penjaja sekitar Lembah Klang termasuk Putrajaya dan Johor Bahru.

“Program ini menumpukan golongan ini dengan menyediakan platform bagi tujuan pemasaran perniagaan serta produk secara percuma serta diberi pakej bimbingan secara menyeluruh bermula dari proses pemasaran produk, pembayaran melalui aplikasi Bestpay serta khidmat penghantaran melalui Bestride.

- Advertisement -

“Fokus kami adalah membantu peniaga terutama yang baru menceburi bidang perniagaan selepas terkesan dengan keadaan ekonomi semasa untuk mengembangkan pemasaran mereka,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Razwan berkata, setiap peserta yang berdaftar akan turut menerima rekod jualan, analisis serta pencapaian perniagaan mereka yang turut diuruskan oleh Bestpay.

Selain itu, beliau berkata perkhidmatan Bestpay tidak hanya melibatkan perniagaan kecil, tetapi juga pihak peruncit atau perniagaan sederhana besar.

“Kami turut bekerjasama dengan beberapa syarikat serperti IKSmart serta agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk kemudahan bayaran pinjaman menerusi aplikasi Bestpay.

“Malah, Bestpay juga merupakan penyedia perkhidmatan pembayaran atas talian berdaftar dengan PayNet,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai program 4P boleh memuat turun aplikasi Bestpay di Google Play atau Apple App store atau layari www.best-pay.com.my

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img