spot_img
spot_img

Menggalakkan penggunaan e-wallet di Petron & Watson

spot_img

KUALA LUMPUR: Pelanggan Petron dan Watsons berpeluang menikmati ganjaran pulangan tunai bernilai RM80,000 hingga RM240,000 di aplikasi Boost mulai 1 November hingga 31 Disember 2020 manakala bagi pulangan tunai sebelum 14 Januari 2021.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat pulangan tunai maksimum empat kali daripada Petron dan Watsons apabila menggunakan e-dompet ­Boost.

Petron Malaysia dalam kenyataan berkata, pelanggan harus membelanjakan minimum RM30 dalam satu pembelian menggunakan Boost di Watsons untuk mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM3 bagi pembelian bahan bakar di Petron.

- Advertisement -

“Pulangan tunai ini akan dikreditkan ke dalam akaun Boost pelanggan dan boleh digunakan dengan jumlah pembelian minimum RM30 untuk pembelian yang seterusnya.

“Petron menerima pembayaran melalui kesemua aplikasi e-dompet di Malaysia termasuk Boost yang boleh digunakan untuk membeli bahan bakar atau barangan harian di kedai stesen kami,” katanya.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, kerjasama dengan Boost dan Watsons adalah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan dengan menawarkan ganjaran yang lebih apabila mereka mengisi mi­nyak di Petron.

- Advertisement -

“Dengan menawarkan perkhidmatan e-dompet di stesen kami, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang gemar mengamalkan gaya hidup digital yang semakin berkembang,” katanya. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img