spot_img
spot_img

‘Letak syarat jika mahu sokong Belanjawan 2021 tidak munasabah’

spot_img

SHAH ALAM – Tindakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 oleh segelintir ahli Parlimen dengan menuntut kerajaan membuat pindaan terhadap isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun satu dan pelanjutan moratorium dilihat tidak munasabah.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau bersetuju jika kerajaan perlu mendengar pandangan ahli Parlimen sebelum mengumumkan sebarang polisi.

“Hanya satu isu yang saya tidak bersetuju secara total iaitu meletak syarat kerana kedua-dua perkara itu tiada dalam Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021.

- Advertisement -

“Saya mungkin boleh setuju, jika ayatnya berbunyi begini, “Saya sokong Bajet ini, dengan syarat, kerajaan umumkan polisi berhubung moratorium dan KWSP sebagaimana cadangan saya,” itu kedengaran agak munasabah.

“Tetapi meletak syarat, sokong dengan pindaan, nak pinda di mana? Sebab itu saya kata, meletak syarat ini apa tujuannya? Hasilnya lahirlah syarat Puteri Gunung Ledang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas berkata, ahli Parlimen sewajarnya berbincang dengan kerajaan.

- Advertisement -

“Kita juga yang membentuk kerajaan ini. Pas pun banyak perkara tidak setuju, jika nak diungkit. Tetapi membawa ke dewan dan meletak syarat, saya anggap kurang sesuai.

“Ia tidak mengurangkan hormat saya kepada ahli-ahli Parlimen senior. Bagi saya, mereka ada rekod tersendiri mengurus kewangan dan mentadbir, banyak boleh saya belajar.

“Tetapi saya kekal dengan apa yang sebut di Dewan Rakyat. Ia penerangan simple (ringkas). Tapi akan ada ramai yang sengaja tidak mahu faham,” katanya.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img