spot_img
spot_img

Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRN Sarawak sekarang – Ketua Menteri

spot_img
KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada masa ini terutamanya pada ketika berlakunya peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, walaupun PRN Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa sekarang ini, namun kesihatan rakyat perlu dipertimbangkan sebelum beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kami sedang memantau situasi. Kenapa perlu kami tergesa-gesa (adakan pilihan raya), kerana (kesihatan) rakyat adalah lebih penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama pemimpin komuniti Samarahan di sini hari ini.
Abang Johari berkata, beliau akan mendapatkan nasihat pakar daripada Kementerian Kesihatan, selain memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan prosedur di bawah norma baru bagi mengadakan pilihan raya.
“Mereka (pakar kesihatan) sedang memantau keadaan dan mereka akan berikan saya nasihat (membantu dalam membuat keputusan pilihan raya),” katanya yang enggan menjelaskan bentuk nasihat yang telah diberikan kepadanya oleh pakar tersebut.
Desas desus mengenai PRN Sarawak timbul sejak awal tahun ini, kerana tempoh DUN negeri itu akan tamat pada Jun tahun hadapan.
“Pilihan Raya Negeri tidak dapat dielakkan, tetapi kita tidak tahu bila pilihan raya (akan diadakan),” tambah Abang Johari yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sementara itu Setiausaha Agung GPS Datuk Alexander Nanta Linggu berkata, gabungan itu yang turut dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan PRN.
“Sehingga kini masih belum ada mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS bagi membincangkan PRN,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kerajaan GPS akan risaukan mengenai peningkatan jangkitan COVID-19 dan mengambil serius mengenai bahaya virus itu terhadap keselamatan dan kehidupan rakyat di Sarawak.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img