spot_img
spot_img

Lapan pengadil kena tindakan

spot_img

Kelana Jaya: Tiada istilah peluang kedua apabila Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) terus mengenakan tindakan kepada lapan pengadil yang didapati cuai atau gagal mengendalikan perlawanan dengan baik baru-baru ini.

Keputusan terbabit juga membabitkan empat laporan yang diterima jawatankuasa berkenaan daripada pasukan UiTM, PJ City, Terengganu dan Sabah yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil berkenaan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Md Dali Wahid berkata, keputusan terbabit diambil selepas pihaknya melakukan siasatan termasuk meneliti kembali rakaman video membabitkan perlawanan diadili pengadil berkenaan.

- Advertisement -

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pengadil yang didapati cuai dalam menentukan keputusan namun pada masa sama tidak mengambil tindakan terburu-buru dengan terus menghukum individu berkenaan.

”Dua pengadil dikenakan tindakan penggantungan dua minggu manakala dua lagi digantung sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kepada mereka

”Empat lagi diberikan amaran keras dan jika didapati melakukan kesalahan sama, kami tidak teragak-agak untuk mengenakan hukuman lebih berat.

- Advertisement -

”Walaupun isu membabitkan pengadil dilihat agak kecoh sejak kebelakangan ini, namun hanya empat laporan yang diterima Jawatankuasa Pengadil FAM,” katanya dalam sidang media Jawatankuasa Pengadil FAM, hari ini.

Sementara itu, Dali berkata, saingan Piala Malaysia kali ini akan menyaksikan tambahan dua pengadil pada saingan suku akhir bagi memastikan perlawanan berkenaan berjalan tanpa sebarang masalah. ”Tambahan pengadil dengan keseluruhan enam pengadil untuk suku akhir Piala Malaysia dengan dua pengadil itu berperanan menjaga garisan gol.

”Pada masa sama, kita akan terus memantapkan lagi kewibawaan pengadil untuk musim depan bagi mengelak pengadil menjadi isu atau menjadi pertikaian pihak tertentu,” katanya.

-Syazwan Msar Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img