TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Anwar, usah ganggu-gugat kestabilan politik sedia ada – Abdul Karim

October 14, 2020 10:00 am – zul
KOTA SAMARAHAN: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa agar kestabilan politik yang sedia ada untuk tidak diganggu-gugat.
Abdul Karim berkata demikian sebagai respon kepada pertemuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung hari ini.
Ini kerana tegasnya Malaysia kini dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil terutama dalam menangani isu pandemik COVID-19.
“Saya berpendapat Yang di-Pertuan Agong bijak dalam menilai sesuatu perkara. Saya percaya apabila Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghadap (Yang di-Pertuan Agong), semestinya beliau akan dinasihati oleh baginda
“Kita mempunyai kerajaan yang baik terutama dalam menghadapi pandemik COVID-19 juga Perdana Menteri yang mampu menangani isu yang berlaku dengan baik, janganlah ia diganggu dan dipolitikkan,” katanya.
Ujarnya lagi, meskipun Ahli Parlimen Port Dickson itu sudah mempersembahkan senarai sokongan ahli parlimen yang menyokongnya kepada Baginda, namun ia tidak bermakna Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan segera.
Ini kerana, dia percaya Baginda semestinya akan teliti dalam setiap penilaiannya.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid