TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Tiada Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar – Nazri Aziz

October 12, 2020 3:01 pm – zul
KUALA LUMPUR: Tidak ada mana-mana Ahli Parlimen UMNO memberi sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri menyanggah laporan sebuah portal pada Ahad yang mendakwa berlaku pergolakan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen UMNO berhubung sokongan terhadap Anwar.
“Saya sudah hubungi semua Ahli Parlimen UMNO yang tidak berada dalam kerajaan termasuk Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), tidak ada seorang pun yang mengaku memberi sokongan kepada Anwar,” katanya kepada Astro AWANI.
Nazri menjelaskan, kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini yang tidak akan menyekat sekirannya ada Ahli Parlimen parti itu untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak, tidak bermakna mereka menyokong Anwar.
“Kami (Ahli-ahli Parlimen UMNO) buat keputusan secara bersama dan tidak akan bertindak atas kapasiti peribadi.
“Saya perlu jelaskan perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan tentang pendirian Ahli Parlimen UMNO dalam isu ini,” katanya lagi.
Pada Ahad, sebuah portal mendakwa terdapat ketegangan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen UMNO dalam isu memberi sokongan kepada Anwar.
Laporan portal itu berdasarkan kenyataan tiga Ahli Parlimen UMNO yang mendakwa, parti itu berpecah kepada tiga kumpulan iaitu mereka yang menyokong Anwar, menentang dan atas pagar yang belum membuat keputusan.
Baru-baru ini, Anwar mendakwa mendapat sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada Ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.
Beliau juga mendakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini untuk memaklumkan mengenai sokongan yang diperolehnya untuk membentuk kerajaan baharu
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid