spot_img
spot_img

COVID-19: Pemuda UMNO cadang kekalkan status quo Batu Sapi di bawah Warisan

spot_img
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan sebarang calon untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu selepas mengambil kira kegawatan penularan pandemik COVID-19 yang makin meluas di negeri Sabah hingga boleh mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.
Selain itu, beliau turut mencadangkan perkara yang sama kepada Perikatan Nasional dan kesemua parti politik lain bagi mengekalkan status quo kedudukan Batu Sapi di bawah Parti Warisan Sabah (Warisan).
“Fokus ketika ini harus diberikan untuk membendung wabak virus COVID-19 daripada terus menular, di samping membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik yang tiada berkesudahan.
“Pemuda UMNO percaya sudah tiba masanya untuk ahli-ahli politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahli Parlimen Batu Sapi mendiang Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lepas selepas dirawat di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu ekoran jangkitan kuman di paru-paru.
Susulan kematiannya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah memberi notis kekosongan itu kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya.
Semalam, Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya akan bermesyuarat pada Selasa depan untuk menentukan tarikh PRK bagi Parlimen Batu Sapi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img