spot_img
spot_img

Malaysia perlukan kerajaan, perdana menteri yang prihatin untuk tangani COVID-19

spot_img

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia memerlukan kerajaan dan perdana menteri yang prihatin ketika negara mendepani masalah penularan pandemik COVID-19.Beliau berkata penularan pandemik itu tidak boleh dikawal dengan baik sekiranya kerajaan tidak stabil.”Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah terbukti dapat menangani COVID-19 secara teratur dan rapi. Oleh itu, keadaan COVID-19 di negara kita terkawal ketika ini.”Selepas sahaja diumumkan sebagai Perdana Menteri, perkara pertama yang beliau (Muhyiddin) lakukan ialah mahu susun cara kita menangani COVID-19. Sebab itu pada awalnya, hanya dua jurucakap yang boleh bercakap mengenai COVID-19 iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerana kita mahu maklumat yang disampaikan tepat dan sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Terbuka Kampung Ulu Putatan dekat sini hari ini. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Petagas Datuk Seri Arsit Sedi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img