spot_img
spot_img

Huawei Mate 40 Bakal Menggunakan Cip Kirin 9000 – Cip 5nm Pertama Dengan Modem 5G Terbina

spot_img

Tarikh pelancaran Huawei Mate 40 masih lagi misteri tetapi yang pasti lebih lewat berbanding tahun lalau (19 September).

Bagi peminat tegar siri Mate, terdapat petanda ia akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas akaun Huawei UK menghantar ciapan di bawah dengan Richard Yu mengatakan penantian akan berakhir.

Pada waktu yang sama maklumat mengenai peranti mula tertiris. Menurut laporan Winfuture, siri Mate 40 akan menggunakan cip terkini Kirin 9000.

- Advertisement -

Ia dipercayai akan menjadi cip 5nm pertama dengan modem 5G terbina. Cip Apple A14 yang diumumkan semalam tidak mempunyai modem terbina sebaliknya pada iPhone 12 modem keluaran Qualcomm bakal digunakan.

Ini membolehkan Apple memasarkan iPhone 12 dengan modem 5G dan 4G secara berasingan.

Sejauh manakah prestasi Kirin 9000 akan hanya diketahui pasca pelancaran. Dengan sekatan yang masih berlaku, Kirin 9000 akan menjadi cip terakhir keluaran sendiri oleh Huawei dalam masa terdekat.

- Advertisement -

SUMBER RUJUKAN: WINFUTURE.DE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img