spot_img
spot_img

Honor Memperkenalkan Komputer Riba Memfokuskan Permainan – Honor Hunter V700

spot_img

Selepas mengacah kehadiran komputer riba memfokuskan permainan video tersendiri, hari ini Honor telah mengumumkannya secara rasmi, dinamakan Honor Hunter V700.

Komputer riba ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Honor Hunter V700 hadir dengan skrin 16.1-inci pada kadar segar semula 144Hz, dijana penawaran cip sehingga Intel Core i7-10750H, pilihan kad grafik GeForce RTX 2060, dan memori 16GB RAM. Honor turut menyertakan storan SSD sehingga 1TB bersama dengannya.

- Advertisement -

Dengan fokus terhadap permainan video, ia menyertakan sokongan penyejukan yang baik, termasuk penyertaan dua kipas 12V.

Ia turut menyertakan pencahayaan yang menarik, selain kemudahan untuk menghubungkan telefon Honor terus ke komputer riba ii dengan mudah.

Honor turut menawarkan sebuah ciri yang memudahkan anda merakamkan aksi permainan video anda, dan memindahkannya ke telefon pintar bagi tujuan perkongsian dengan pantas.

- Advertisement -

Buat masa ini, komputer riba ini hanya diumumkan di China sahaja, dan tiada maklumat berkaitan bilakah akan ditawarkan untuk pasaran global.

SUMBER RUJUKAN: VMALL

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img