spot_img
spot_img

Garmin Forerunner 745 Dilancarkan Dengan Pengesan Kepekatan Oksigen Dalam Darah

spot_img

Minggu ini ialah minggu yang sibuk dengan pelancaran jam tangan pintar yang menyasarkan golong peminat aktiviti sukan. Selepas Apple Watch Series 6 dan Galaxy Watch3 Titanium, Garmin Forerunner 745 turut telah dilacarkan.

Seperti Apple Watch Series 6, Forerunner 745 juga hadir dengan sensor pengimbas kepekatan oksigen dalam darah (SpO2).

Jam mempunyai skrin berbentuk bulat sebesar 1.2″ dengan kaca Gorilla Glass DX. Storan pula membolehkan sehingga 500 lagu disimpan terus pada pergelangan tangan pemakai Forerunner 745.

- Advertisement -

Lagu dari Spotify dan Deezer boleh diselarikan dengan tambatan terus kepada sepasang fon telinga bluetooth. Sistem pembayaran Garmin Pay juga turut disokong.

Sebagai jenama jam tangan pilihan peminat aktiviti larian, Foreruner 745 dilengkapi pelbagai sensor seperti pengimbas nadi, accelerometer, barometer, termometer, SpO2, dan GPS. 

Dengan sekali caj ia boleh kekal beroperasi sehingga seminggu atau 16 jam sekiranya GPS diaktifkan.

- Advertisement -

Kemampuan kalis air pula ialah sehingga 5 ATM, yang membolehkan ia digunakan untuk aktiviti renang.

Seperti jam tangan Garmin yang lain cir mengesan bateri tubuh, nadi luar biasa, kitaran haid, tempoh pemulihan dan banyak lagi disertakan.

Garmin Forerunner 745 dijual pada harga $500 (~RM 2073) seutas dalam warna Neo Tropic, Magma Red, Whitestone dan Black.

SUMBER RUJUKAN: GARMIN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img