TERKINI
Dalam Negara

Rakyat Selangor muak dengan masalah air

September 5, 2020 11:14 am –

KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor sudah muak dengan masalah air yang kerap kali berlaku di negeri itu, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Rafiq Abdullah.Beliau mendesak kerajaan Selangor supaya tidak lagi memberi muka dan bertindak tegas terhadap kilang yang menjadi punca gangguan bekalan air yang menjejaskan kehidupan rakyat.”Saya difahamkan kilang tersebut pernah dikompaun kerana melakukan kesalahan yang sama. “Justeru kerajaan Selangor tidak perlu lagi memberi muka kepada kilang-kilang seperti itu, yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan orang lain. Kompaun mereka dan jangan benarkan kilang itu terus beroperasi.

“Sebagai sebuah negeri maju, masalah bekalan air seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, tetapi juga ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, premis kilang yang disyaki terlibat dengan insiden pencemaran Sungai Gong sudah disita dan pemiliknya akan didakwa di mahkamah serta-merta.Dalam pada itu, Rafiq yang juga Ketua Bersatu Bahagian Sungai Buloh berharap agar kerja pemulihan sumber bekalan air yang tercemar disegerakan.”Saya difahamkan masalah air yang berlaku ini akan mengambil masa selama empat hari untuk diselesaikan. Empat hari agak lama kerana air adalah perkara asas dalam kehidupan dan akan membebankan rakyat,” katanya.Sebelum ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dilaporkan berkata masih belum pasti bila status henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dapat kembali beroperasi.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid