spot_img
spot_img

UMNO siap sedia hadapi PRU-15, senarai pembahagian kerusi hampir selesai

spot_img

KUALA LUMPUR: UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila pembahagian kerusi parti Melayu itu sudah hampir selesai.Dalam masa sama, parti berkenaan juga menjangkakan proses pembahagian kerusi bersama dengan komponen Barisan Nasional (BN), kerjasama Muafakat Nasional bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat dimuktamadkan pada penghujung bulan ini.Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan tersebut penting bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru menjelang PRU15 nanti.”Dalam UMNO sudah hampir selesai tetapi kita belum memutuskan dengan BN dan dengan Pas masih belum lagi berunding, masih ada masa lagi.

“Saya tidak nampak ada masalah dalam BN dan juga pembahagian kerusi dengan Pas tetapi kompleks nanti (pembahagian kerusi) dengan Bersatu,” katanya.Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, UMNO mahu perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu disegerakan kerana ia merupakan perbincangan yang rumit.”Kita mahu segerakan hujung bulan September ini untuk kita selesaikan pembahagian kerusi kerana pembahagian kerusi agak kompleks. Kalau tidak selesai pembahagian kerusi maka kita susah hadapi pilihan raya, pilihan raya akan berjaya jika pembahagian kerusi dapat diselesaikan dengan harmoni,” katanya.Mohamad juga dilaporkan berkata, formula yang akan digunakan untuk pembahagian kerusi itu ialah, UMNO telah menetapkan untuk bertanding dalam semua kerusi yang telah dimenangi pada PRU14.”Selepas itu, kerusi yang kalah tetapi kita dapat undi kedua terbanyak juga akan dijadikan sebagai asas untuk meminta kerusi tersebut supaya menjadi kerusi BN dan UMNO,” katanya.Mohamad turut memaklumkan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa Perunding bagi mewakili parti itu dengan parti-parti dalam BN, Muafakat Nasional dan Bersatu.

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img