spot_img
spot_img

Norizam tak ‘sembang’, sah beli TRW

spot_img

KETIKA ramai yang menganggap jutawan atau usahawan yang mahu mengambil alih pasukan bola sepak hanyalah pandai sembang, pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman pula sebaliknya apabila hanya tinggal selangkah saja lagi untuk bergelar pemilik kepada skuad Kelantan.

Walaupun perkara terbabit belum lagi disahkan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) namun difahamkan majlis menandatangani perjanjian penjualan saham dengan Team Red Warriors (TRW) akan diadakan di Kota Bharu, esok.

KAFA dan Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham sebelum ini sudah mengadakan beberapa kali siri perbincangan dan akhirnya kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menerusi terma yang dipersetujui bersama.

- Advertisement -

Selain itu, pada majlis berkenaan yang turut menjemput pihak media, KAFA akan mengadakan majlis pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan TRW.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan tiga syarikat berminat memiliki pasukan terbabit selepas Wan Kamal Wan Napi menarik diri.

Daripada tiga calon berkenaan, salah satu daripadanya adalah Norizam yang juga usahawan burger dan pemilik rangkaian hotel.

- Advertisement -

Norizam sudah mengadakan perbincangan awal bersama pengurusan KAFA sebelum ini namun setakat ini dilihat masih lagi belum menandatangani perjanjian bersama untuknya mengambil alih TRW.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img