spot_img
spot_img

Hamilton tak boikot GP Belgium

spot_img

LEWIS Hamilton tidak akan memboikot Grand Prix Belgium pada Ahad ini walaupun menyokong tindakan bantahan beramai-ramai atlet sukan Amerika Syarikat susulan insiden tembakan Jacob Blake di negara itu.

Pendahulu kejohanan dan juara dunia enam kali Formula Satu itu berkata menerusi sidang video, dia kagum dengan tindakan atlet sehingga membawa kepada penangguhan beberapa acara sukan. 

“Saya kekal menyokong mereka dan berusaha apa yang boleh dilakukan di sini (Eropah),” katanya. 

- Advertisement -

“Saya tak nampak ia menjejaskan perlumbaan…ia akan tetap diteruskan tetapi saya akan bercakap kepada Formula Satu mengenai peranan kami untuk terus menekan isu perkauman ini.” 

Beberapa atlet AS mengetuai boikot acara sukan minggu ini selepas Blake, lelaki berkulit hitam tak bersenjata ditembak polis di Kenosha, Wisconsin, Ahad lalu.

Insiden itu mencetuskan bantahan besar-besaran di negara itu ketika dunia giat menentang keganasan dan ketidakadilan perkauman serta keganasan polis. 

- Advertisement -

Hamilton berkata, dia turut kagum dengan semangat dan peranan atlet di AS. 

“Tetapi itulah Amerika dan saya tak tahu jika saya melakukan perkara di sini boleh mendatangkan kesan. Kami di Belgium, bukan di Amerika.” 

Pasukan Milwaukee Bucks yang berpangkalan di Wisconsin memulakan boikot dengan enggan beraksi pada playoff NBA kelmarin. Disusuli tindakan sama atlet baseball, bola sepak, bola keranjang dan tenis. 

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img