spot_img
spot_img

Tugas baharu Fatehah

spot_img

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil keputusan mendapatkan khidmat bekas ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa sebagai usaha memperkasa program pembangunan akar umbi di negara ini.

Naib Presiden Satu PKBM, Firdaus Arshad berkata Fatehah akan memulakan tugas rasmi pada 1 September ini, berperanan membantu ketua jurulatih pembangunan PKBM, Sood Hussin dalam mencari lebih ramai bakat baharu terutamanya dalam kalangan pelumba wanita dalam acara trek.

“Berhubung tempoh kontrak serta pembayaran gaji Fatehah akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN), cuma kita memberi sokongan atas pelantikan beliau.

- Advertisement -

“Kita harap pengalaman luas dimiliki Fatehah akan dapat membantu PKBM dalam melahirkan lebih ramai pelumba berbakat terutamanya dalam kalangan wanita memandangkan kita ketandusan pelumba wanita berkaliber seperti Fatehah di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja bersama wakil MSN dan Institut Sukan Negara di sini, hari ini.

Fatehah, 31, mengumumkan persaraannya selepas penglibatannya selama 17 tahun sebagai pelumba berbasikal trek negara pada April lepas.

Dalam perkembangan berasingan, Firdaus yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal PKBM mengesahkan badan induk itu akan meneruskan penganjuran tiga pertandingan tempatan pada tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa.

- Advertisement -

Tiga pertandingan itu adalah Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan dari 19-20 Sept di Melaka, Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan (16-18 Okt) dan Kejohanan Berbasikal BMX pada 7-8 Nov ini, namun venue penganjuran masih belum ditetapkan PKBM.

“Memandangkan kita masih menunggu tarikh baharu penganjuran Kejohanan Berbasikal Asia (Trek) yang ditunda ke awal tahun hadapan (akibat COVID-19), kita memutuskan memberi tumpuan kepada penganjuran kejohanan di peringkat domestik terlebih dahulu,” katanya.

Mengenai penyertaan skuad elit berbasikal trek negara pada kejohanan di Melaka itu, Firdaus memaklumkan PKBM akan mengadakan perbincangan dengan ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley sebelum membuat keputusan muktamad.

Skuad berbasikal elit negara yang terdiri daripada beberapa pelumba berpengalaman termasuk Mohd Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia sejak beberapa tahun lepas.

– Sumber BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img