TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Mahkamah batal saman ke atas Muhyiddin, tiga lagi

August 7, 2020 1:04 pm – zul

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain berhubung keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas mengambil kira dua perkara iaitu plaintif tidak mempunyai lokus untuk membawa tindakan kerana mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bertarikh 4 Jun telah mengesahkan keputusan mencabar sebagai tidak sah dan seksyen 18 (c) Akta Pertubuhan mengharamkan sepenuhnya mana-mana pertikaian parti untuk di bawa ke mahkamah.

Peguam Dr Mahathir, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika ditemui berkata, beliau akan berbincang dan memberi nasihat kepada anak guamnya untuk tindakan selanjutnya selepas menerima penghakiman secara bertulis.

Katanya, dari segi perundangan pihaknya mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

“Itu (tindakan selanjutnya) akan dimaklumkan kelak tapi bebas daripada perkara itu semestinya pihak plaintif akan mengambil kira isu-isu selain daripada isu perundangan, perkembangan politik semasa untuk menentukan sama ada akan diteruskan atau tidak rayuan.

“Jadi pada tahap ini saya tidak boleh mengesahkan sama ada rayuan akan difailkan atau tidak tapi apa yang saya boleh sahkan adalah dari segi perundangan dan sebagai seorang pegawai mahkamah, peguam..saya berpendapat kes ini dari segi perundangan perlu dan wajib dirayu,” katanya kepada media di luar mahkamah hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini menyaman Muhyiddin dan beberapa lagi bagi memohon perisytiharan, antaranya mereka adalah ahli Bersatu yang sah, masih lagi memegang jawatan dalam parti (bagi pemegang jawatan) dan layak untuk bertanding pada pemilihan parti.

Mereka memohon perisytiharan bahawa semua surat pemberhentian yang ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh pada 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu tidak sah dan terbatal.

Keahlian Dr Mahathir bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa ahli dalam Bersatu tergugur kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Turut digugurkan keahlian adalah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Susulan itu, Muhyiddin bersama tiga orang lain yang lain turut mengambil tindakan mengetepikan tindakan undang-undang.

Sumber-SINAR

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid