spot_img
spot_img

Misha berdebar nanti 5 Ogos

spot_img

KUALA LUMPUR: Penyanyi Misha Omar menyifatkan, konsert solonya, This Is Misha Live at DFP sebagai ruang untuk berkongsi perjalanan seni sepanjang 17 tahun bersama peminat.

Misha berkata, konsert satu malam yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 5 Ogos depan juga bakal membawa peminatnya mengenang jatuh bangun perjalanannya dalam industri muzik.

“Saya terharu menerima sokongan dan kata positif peminat sebaik sahaja jualan tiket konsert itu dilancarkan, tengah malam tadi. Alhamdulillah, saya dimaklumkan jualan tiket mendapat sambutan hangat.

- Advertisement -

“Kepercayaan mereka menjadi pembakar semangat untuk saya merangka persembahan yang akan meninggalkan momen terindah untuk dikenang nanti,” katanya.

Penyanyi Sampai Bila itu berkata, kejayaan konsert Soul Sisters bersama Siti Sarah dan Noryn Aziz di Panggung Sari, Istana Budaya, bulan lalu, turut membuat peminat teruja untuk melihatnya kembali beraksi.

“Konsert itu memberi impak positif apabila peminat semakin yakin dengan keupayaan saya untuk beraksi di pentas secara solo.

- Advertisement -

“Secara jujur, saya agak berdebar, pada masa sama, teruja menantikan detik itu. Sebagai penyanyi, ini momen yang saya paling tunggu kerana sudah 17 tahun saya menanti untuk mengadakan konsert solo,” katanya.

Mengenai persiapan menjelang konsert itu, Misha berkata, latihan hanya bermula selepas sambutan 1 Syawal kerana dia akan berehat sepanjang Ramadan nanti.

“Seperti biasa, saya akan kembali menjalani latihan vokal di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat. Selain lagu popular, saya juga mahu membawa peminat mengimbau sentuhan yang menjadi kegemaran ramai.

“Saya juga merancang untuk menampilkan segmen penghargaan, tetapi belum memikirkan untuk siapa. Apa yang pasti, malam itu akan melakar satu lagi sejarah manis dalam kerjaya nyanyian saya,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img