SHAH ALAM – PRU14 yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini mungkin tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.
Sumber dalaman memberitahu Sin Chew Daily, penangguhan itu dibuat kerana pada Oktober ini, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.
Antara atur cara yang akan dihadiri pemimpin utama China itu ialah menyaksikan majlis perasmian Xiamen University Malaysia, Sepang yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Semasa lawatan kerja Presiden China di Malaysia, perdana menteri dan jemaah Kabinet perlu hadir. Oleh itu, Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu,” kata akhbar ini.