PETALING JAYA – PKR menyambut baik sebarang cadangan dan reaksi netizen terhadap logo baharu Pakatan Harapan yang didedahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima pandangan yang diutarakan oleh netizen.
“Kami sentiasa terbuka menerima pandangan dan komen-komen penyokong di media sosial. Itu sebabnya kami paparkan logo Pakatan di Facebook, iaitu untuk mendapatkan pandangan netizen.
“Maklum balas yang kami terima (di media sosial) akan diperbaiki untuk kebaikan dan kepuasan semua,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Tumpuan netizen pada malam semalam beralih kepada Facebook Rafizi, di mana beliau menggunakan platform media sosialnya untuk mendapatkan undian lakaran logo baharu Pakatan.
Sinar Harian